keNaPa PeremPuan SuKa berGaduh sesaMa merEka ???



1) Perempuan sangat sensitif.  Kalau kawan-kawan tersalah cakap atau terlebih gurau, mungkin hati akan terguris. Akhirnya, jadi jawab-menjawab dan akhirnya bergaduh.
Cuba : Bila bergurau dengan kawan-kawan jangan keterlaluan, bagi yang terasa tu, kalau hati terguris, jangan simpan dalam hati. Kawan juga manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Kalau gurauan yang menyakitkan hati tu berulang-ulang, cuba beritahu kawan dengan baik. Insya Allah dia akan faham.



2) Perempuan perlu tempat meluahkan perasaan. Secara resminya, perempuan perlukan orang untuk dia meluahkan perasaan. Tentang apa saja kerunsingannya. Kadang-kadang dia mungkin tak puas hati dengan rakan sepejabat, dan bercerita dengan kawan yang lain. Tapi, mungkin kawan tadi akan bercerita balik pada kawan sepejabat yang dia tak puas hati tu. Akhirnya, gaduh la.
Cuba: Jangan luahkan kerunsingan pada kawan sepejabat juga, carilah orang di luar lingkungan itu. Tapi, yang terbaik, bersemuka dengan orang yang kita tak puas hati tu. Senang cerita.



3) Perempuan suka bercerita. Nama lainnya, bawak mulut. Nak buat macam mana, perempuan memang suka bersembang, dan akhirnya, tercerita yang tak sepatutnya.
Cuba: Kurangkan bercakap, lebihkan kerja aje. (ini aku pun tak dpt buat lagi..aku byk cakap..huhu)



4) Perempuan emosi. Kalau tengah marah tu, semua keluar, kambing, lembu, beruang. Kisah-kisah lama masa sekolah rendah pun boleh diungkit jugak.
Cuba: Bila rasa sangat marah, diam dan beristighfar dulu. Tenangkan fikiran dan cuba buat benda lain. Zikir ke?



5) Perempuan terlalu banyak berfikir. Tahu kenapa lebih ramai perempuan yang sakit jiwa berbanding lelaki? Sebab perempuan ada yang terlalu banyak berfikir. Terutama perkara remeh. Contoh: Kalau kawannya cakap sesuatu, macam tegur dia sebab terlalu banyak bercakap dalam waktu kerja, dia akan mula berfikir, isk, mesti dia ni repot dekat bos nanti, dan sebagainya. Akhirnya, wujud la cerita lain pulak, dan sangkaan buruk yang juga akan menyebabkan bergaduh.
Cuba: Jangan banyak berfikir kalau terjadi sesuatu, apa yang jadi masa tu, tinggalkan aje, jangan ingat lagi dah. 



6) Perempuan dengki? Kalau ada kawan yang lebih pangkat darinya, dia mula cari keburukan kawan tu. Lepas tu menjaja cerita yang bukan-bukan. (Tapi, rasanya lelaki pun ada jugak ‘peel’ ni)
Cuba: Fikirkan itu rezeki Allah untuknya, kalau kita nak murah rezeki macam tu, kena la usaha dan berdoa pada Allah.



: SUMBER KLIK SINI :


P/S : jgn gaduh2 ye , jdlah sprti kt bwh ni ye .. so , let's think about it together k ! peace yow ! maaf ye xder idea nk tulis .. hehe :)




SALAM IKHLAS : fateeeeeeens :

daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

| bebudak comey n cute |

iklan sebentar :)