kata kata sedih kerna cinta


Cinta tidak pernah meminta , ia sentiasa memberi , cinta membawa penderitaan ,
tetapi tidak pernah berdendam , tak pernah membalas dendam .
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan , manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan .
--------------------------------------------------------------------------------
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang ,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat .
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita ?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi
kepada seseorang untuk kita mencarinya .
Itulah namanya CINTA .
--------------------------------------------------------------------------------
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai .
Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi ,
" Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya .
Siapa kamu pula ? ".
Jawab titis air mata kedua tu ,
" Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja ."
--------------------------------------------------------------------------------
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain ,
dan kamu masih mampu tersenyum , sambil berkata :
Aku turut bahagia untukmu .
--------------------------------------------------------------------------------
Jika kita mencintai seseorang , kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada di sisi kita .
--------------------------------------------------------------------------------
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba .
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup .
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya .
--------------------------------------------------------------------------------
Perasaan cinta itu dimulai dari mata , sedangkan rasa suka dimulai dari telinga .
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang , cukup dengan menutup telinga .
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai ,
cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama .
--------------------------------------------------------------------------------
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan .
Kepada mereka yang masih percaya , walaupun mereka telah dikhianati .
Kepada mereka yang masih ingin mencintai , walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan .
--------------------------------------------------------------------------------
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu kepada pusarannya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya .
--------------------------------------------------------------------------------
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat , tapi
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu .
--------------------------------------------------------------------------------
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan .
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan .
Cinta juga bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat .
- HAMKA -
--------------------------------------------------------------------------------
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis ,
debu beralih emas , keruh menjadi bening , sakit menjadi sembuh ,
penjara menjadi telaga , derita menjadi nikmat , dan kemarahan menjadi rahmat .
--------------------------------------------------------------------------------
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang .
99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia .
Dengan kasih sayang yang 1 bahagian itulah , makhluk asing saling berkasih sayang 
sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak .
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------

Semua Kat Atas Ni Amek Kat Google Sebenarnya K !
After This I'll try to write the entry about my life n bla bla bla K !
And it's just maybe k , donno when i want to write about it .
Juz wait n See !

Lots Of Love : fateeeeeeens :

daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

4 comments:

Cik Siti Aziz said...

so come and read my short story..huhu also poems there..~

♥tiehanurfatiha♥◕ ‿‿ ◕♥ said...

sgt best semua quotes :)

c budak faten said...

hehe...semua amek kt google je...nk wat sndri xreti g... :)

❤ y a n a ❤ said...

skE ayt2 2 ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

| bebudak comey n cute |

iklan sebentar :)