Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

selamat menyambut MAULIDUR RASUL 1433H



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus olehAllah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

Hargailah Hari Malaysia Kita :)


HARI MALAYSIA disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan yang sama Tanah Melayu , Borneo Utara ( Sabah ) , Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia .

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiaanya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-6 . Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama . Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperunkkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara ( Sabah ) dan Sarawak .

HARI MALAYSIA merupakan CUTI AM di negeri Sabah sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri . Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia . Mulai tahun 2010 , Hari Malaysia juga merupakan CUTI AM di semua negeri di Malaysia .
---------------------------------------------------------------------------------------------------
* Itu lah serba sedikit tentang sejarah Hari Malaysia di negara kita yang tercinta ini . Oleh itu , kita sebagai rakyat Malaysia kenalah amek tau gak pasal ni ye ( walaupun saya sndri pun lemah sejarah .. hehe ) . Papepun , ape yang penting , kita CUTI ! .. hehe .. tu yang best tu kan ?.. :) 

So , sempena Hari Malaysia ni macam-macam aktiviti ade kan , cthnya mcm kempen " Suara Kami " tu kan ? Dengaq la dulu lagu kt bawah ni ye.. K ! Bubye semua ! Assalamualaikum !



Sumber : Wikipedia

SELAMAT HARI MALAYSIA !

P/S : ngantok lah ~ nak tdo dulu lah .. GTG .. BUBYE KAWAN !

SALAM MALAYSIA : fateeeeeeens :

daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

| bebudak comey n cute |

iklan sebentar :)