Showing posts with label al-islam. Show all posts
Showing posts with label al-islam. Show all posts

5 Things ♥


5 this THINGS is very important to all of us as a MUSLIM :)

REMEMBER & Take ADVANTAGE of 5 matters BEFORE 5 other matters :

  • Our Youth BEFORE Old
  • Our Health BEFORE Sick
  • Our Richness BEFORE Poor
  • Our Free Time BEFORE Busy
  • Our Life BEFORE Death




daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

selamat menyambut MAULIDUR RASUL 1433H



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus olehAllah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

JenIs JenIs D0sa BesAr



Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara:
1.   Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2.   Bersaksi palsu
3.   Berjudi
4.   Bersumpah palsu dan bohong
5.   Berbohong
6.   Bergambar di baju (bila solat)
7.   Berperempuan pelacur
8.   Berbuat buruk terhadap yang lemah
9.   Berdebat dan memusuhi
10. Bersidat dayus
11. Bercakap kasar dengan orang tua
12. Dusta nama Allah dan RasulNya
13. Derhaka pada suaminya
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya
15. Hakim derhaka
16. Homosex (seagama sejenis)
17. Kurang timbangan
18. Lari seorang hamba dari tuannya
19. Lelaki menyerupai wanita
20. Lari dari medan perang di jalan Allah
21. Membunuh manusia
22. Membunuh diri sendiri
23. Mengamalkan sihir
24. Meninggalkan solat lima waktu
25. Meninggalkan solat jumaat
26. Menderhaka kepada ibu bapa
27. Memutuskan hubungan silaturahim
28. Melakukan zina
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan yang haram
31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan riba
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan pengkhianatan
39. Menyebut-nyebut pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk orang Islam
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
44. Menipu harta rampasan
45. Melampui batas
46. Menuduh zina terhadap orang baik
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum dan sihir
49. Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan orang lain
51. Menganggu orang lain
52. Menganggu tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang
55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi
56. Mengurangi wasiat
57. Meningkari takdir
58. Putus asa dari rahmat Allah
59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan diri
61. Sombong serta angkuh
62. Sembelih untuk selain Allah
63. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
64. Tidak mengeluarkan zakat
65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak haji jika mampu
67. Tidak beristibrak kencing
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya
70. Wanita menyerupai lelaki

Wallahualam ..



P/S : hayati lah n fahami lah .. semoga kita x ada dlm glongan2 ini .. Amin ~


SUMBER : Group Oh! Islam (Islam Itu Indah dan Mudah) 


SALAM KONGSI : fateeeeeeens :

daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

raMadHan :: MaLam LaiLatuL QaDar ::


LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya : " Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar ".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya : " Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya "
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya : " Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah ."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya : " Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu .

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia .

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya :

Maksudnya : " Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain ."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan .

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan . Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan . Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan . Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan . Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan . Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat . Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat .

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut :

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.


Maksudnya : " Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu . Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut "

Maksudnya : " Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku . Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa .

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 . Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah :

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah .
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah .
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya .

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya .


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar :

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita .
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat . 
-
Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud .
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul .

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar .


Amin ~

P/S : Jadi , rebut2lah kita di malam Lailatul Qadar ini nanti . Sesungguhnya ada banyak kelebihan pd malam ini . Semoga kita semua akan merasai kehadirannya . Sekian .



SALAM RAMADHAN : fateeeeeeens :

daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

: t0nY bLair aKui AL-Quran sUmber ruJukaN :


LONDON: Mantan Perdana Menteri Britain , Tony Blair , terkenal dgn pendirian tegasnya utk tidak  bercakap mengenai agama . Bagaimanapun , dlm 1 wawancara dgn Majalah Observer , dia tidak mampu utk menyembunyikan bahawa , Al-Quran , kitab pegangan umat Islam itu hakikatnya menjadi sumber rujukannya setiap hari . Malah mengakui kitab tersebut penuh dgn sumber informasi serta melaluinya dia mengetahui sebahagian drpd fenomena yg berlaku di dunia . Blair turut mengakui , pengetahuan agama yg dipelajari dpt membantunya menjalankan tugas sbgai utusan Asia Barat utk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) , Amerika Syarikat ( AS ) , Kesatuan Eropah ( EU ) & Rusia lebih2 lagi bertujuan mmbantu keamanan antara Palestin dan Israel . Blair juga pernah menguji Islam sbgai sebuah agama yg indah & Nabi Muhammad s.a.w sbgai penggerak dunia bertamadun .


* SUMBER : AL-ISLAM ( OGOS 11 ) *
daH baCe ? SuKe x ? LIKE + k0meN la seKaLi ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

| bebudak comey n cute |

iklan sebentar :)